ARTIKEL

Ahmad Izram bersama Dr. Sim pada sidang media sempena Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan 2025 Zon Utara Sarawak di Dewan Suarah Bintulu pada Khamis.

Hampir 10,000 Premis Perlukan Perakuan Bomba, Usaha Dipertingkat Capai 100 Peratus Tahun Ini – Ahmad Izram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini giat mempercepatkan usaha memastikan semua premis yang ditetapkan di seluruh negara memiliki Perakuan Bomba (FC) yang sah menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ir. Ts. Ahmad Izram Osman berkata sehingga Mei 2025, sebanyak 9,321 premis dikenal pasti memerlukan FC melibatkan 8,595 premis swasta dan 726 premis milik kerajaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 5,742 premis atau 61.6 peratus telah memiliki FC yang sah. Masih terdapat sekitar 40 peratus lagi premis yang belum mematuhinya dan kita sedang berusaha untuk melengkapkan proses ini sebelum hujung tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian selepas merasmikan Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan 2025 Zon Utara Sarawak di Dewan Suarah Bintulu pada Khamis.

Bagi negeri Sarawak pula, Ahmad Izram memaklumkan bahawa sebanyak 497 premis telah ditetapkan memerlukan FC melibatkan 67 premis kerajaan dan 430 premis swasta.

“Setakat Mei 2025, sebanyak 395 premis atau 79.5 peratus telah memiliki FC yang sah. Kita optimis untuk mencapai 100 peratus pematuhan menjelang akhir tahun ini,” ujarnya.

Jelas beliau, permohonan FC bukan sekadar bergantung kepada pemasangan sistem keselamatan kebakaran aktif dan pasif seperti pemercik automatik, lampu keselamatan, laluan kecemasan dan pintu rintangan api, malah turut melibatkan penubuhan organisasi keselamatan kebakaran dalaman yang efisien.

“Hanya apabila kesemua keperluan ini dipenuhi, barulah kita boleh meluluskan FC. Ini penting untuk menjamin keselamatan penghuni dan pengguna bangunan,” tambahnya.

Seminar sehari itu menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada pemilik bangunan, pegawai keselamatan bangunan, kontraktor pepasangan keselamatan kebakaran, kontraktor elektrikal dan mekanikal, pekerja industri, pihak pemaju, ahli akademik, pegawai bomba serta masyarakat awam.

Antara fokus utama seminar anjuran JBPM bersama Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Badan Peneraju Industri itu ialah pematuhan peraturan keselamatan kebakaran dan keperluan memiliki FC serta peranan organisasi keselamatan kebakaran dalam mempercepatkan proses kelulusan FC.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha