ARTIKEL

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 November 2020 pada usia 60 tahun di sebuah kompleks kediaman persendirian – Foto AFP

‘Hand Of God’ Maradona terjual US$3.35 juta dalam lelongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Bola yang digunakan Diego Maradona ketika menjaringkan gol ikonik “Hand of God” dan satu lagi jaringan solo yang menakjubkan ketika Argentina menentang England pada Piala Dunia FIFA 1986 dijual pada harga US$3.35 juta dalam satu lelongan, menurut Anadolu Ajansi yang memetik Heritage Auctions.

Bola Adidas Azteca itu digunakan ketika Argentina menewaskan England 2-1 pada aksi suku akhir, yang menyaksikan Maradona menjaringkan dua gol paling dikenang dalam sejarah Piala Dunia.

Pusat lelongan berpangkalan di Dallas itu menjual bola berkenaan pada harga US$3.35 juta pada Sabtu selepas pakar memadankannya dengan gambar yang dirakam ketika perlawanan berkenaan.

Harga akhir itu bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding anggaran sebelum lelongan sekurang-kurangnya US$10 juta.

Sebelum lelongan, Heritage menyifatkan bola itu sebagai antara yang paling terkenal dalam dunia sukan dan berkata ia berpotensi menjadi barangan bola sepak paling bernilai pernah dijual.

Gol pertama Maradona ketika menentang England kemudian dikenali sebagai “Hand of God” selepas beliau menggunakan tangan kiri untuk menolak bola melepasi penjaga gol Peter Shilton, namun jaringan itu tetap disahkan pegawai perlawanan.

Empat minit kemudian, kapten Argentina itu menguasai bola di kawasan sendiri sebelum menggelecek melepasi lima pemain England dan menjaringkan gol yang kemudiannya dipilih sebagai “Gol Abad Ini” Piala Dunia FIFA.

Bola berkenaan disimpan selama 36 tahun oleh pengadil Tunisia Ali Bin Nasser yang mengadili perlawanan itu, sebelum dijual pada harga £2 juta (US$2.37 juta) dalam satu lelongan di London pada 2022.

Jersi yang dipakai Maradona dalam perlawanan sama pula dijual pada harga hampir US$9.3 juta oleh Sotheby’s pada tahun berkenaan.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke