ARTIKEL

Hanifah bersama yang lain mengadakan lawatan susulan ke Hospital Mukah, hari ini.

Hanifah tinjau keperluan perkhidmatan kesihatan bersama KKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Keperluan meningkatkan kemudahan dan mutu perkhidmatan kesihatan di Hospital Mukah terus diberi perhatian menerusi lawatan susulan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib, hari ini.

Hanifah berkata, lawatan itu bertujuan meninjau keadaan semasa hospital serta menilai keperluan perkhidmatan kesihatan yang memerlukan perhatian dan penyelesaian segera.

“Saya bersama Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memberi perhatian terhadap usaha memperkasa perkhidmatan kesihatan di Bahagian Mukah.

Hanifah bersama yang lain mengadakan lawatan susulan ke Hospital Mukah, hari ini.

“Ini adalah demi memastikan penduduk mendapat kemudahan rawatan yang lebih baik,” katanya selepas lawatan itu.

Hanifah, yang juga Ahli Parlimen Mukah, mengadakan lawatan kerja itu bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahathar Abdul Wahab, dan turut disertai pegawai kanan KKM.

Penglibatan pegawai tertinggi kementerian itu membolehkan penilaian dilakukan secara langsung terhadap keadaan di lapangan, sekali gus membantu mengenal pasti keperluan sebenar yang perlu diberi keutamaan.

Penilaian berkenaan penting sebagai asas dalam merangka langkah penambahbaikan yang sesuai dengan keperluan hospital dan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, pendekatan turun padang berkenaan membolehkan penyelarasan tindakan susulan dibuat berdasarkan keutamaan, khususnya yang melibatkan keperluan fasiliti dan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

“Kami berharap usaha berterusan itu dapat menyokong penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, berkualiti dan mudah diakses.

“Pada masa sama, ia dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU