ARTIKEL

LEPAS...Penyerang pasukan TamanMu (kanan) berjaya melepaskan diri daripada kepungan dua pemain Saribas FC. - FOTO MOHD. AMIR SYUKRY

Pemain muda Betong dapat batu loncatan ke bola sepak profesional – Mohammad Razi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Penganjuran Mini Karnival Bola Sepak Bawah 16 Tahun, Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) Peringkat Negeri Sarawak 2026 dilihat sangat bertepatan.

Karnival itu bukan sekadar pentas bagi kesemua pemain terlibat mengetengahkan bakat masing-masing, sebaliknya juga landasan terbaik untuk mengenal pasti pemain pelapis yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

UNTUK KENANGAN…Datuk Dr Mohammad Razi merakam gambar bersama pemain dan tetamu jemputan lain. – FOTO MOHD. AMIR SYUKRY

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Dr Mohamad Razi Sitam menzahirkan rasa teruja dengan penganjuran karnival berkenaan di Padang Bola Sepak Riveria Debak.

Menurut Mohammad Razi, kredit berganda diperoleh badan induk Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) menerusi penganjuran karnival itu.

“Kita menyambut baik usaha pengelolaan karnival ini kerana ia bukan sahaja dapat menyaksikan kelibat pemain muda.

SIMBOLIK…Datuk Dr Mohammad Razi (tengah) menyepak bola sebagai simbol perasmian karnival berkenaan. – FOTO MOHD. AMIR SYUKRY

“Pada masa sama, karnival seperti ini dapat menjadi batu loncatan bagi pemain membina kerier sebagai seorang pemain bola sepak profesional suatu hari kelak,” ujar Mohammad Razi kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau sebentar tadi diberi penghormatan menyempurnakan majlis perasmian karnival berkenaan.

Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Haji Khairulddin Qalam Daud; Presiden BDFA, Azmi Abdullah; Setiausaha Kehormat BDFA, Saiful Hanizam Suhaini, dan beberapa jemputan lain.

Beliau mengakui, penganjuran karnival itu secara tidak langsung dapat merancakkan lagi pembangunan sukan bola sepak bukan sahaja di Bahagian Betong khususnya, bahkan merangkumi negeri Sarawak amnya.

BERITA LAIN

Kuching City FC Menang Mudah

KUCHING: Kuching City FC meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Super 2026/2027 apabila menundukkan Negeri Sembilan FC 2-0 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi,

BERITA TERBARU

Dua beradik ditemui rentung atas katil

SIK: Dua beradik berusia tiga tahun dan setahun empat bulan maut selepas ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di atas katil ketika kebakaran di Kampung Teloi