KUALA LUMPUR: MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang berkuat kuasa di lima negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 4 petang ini.
Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan kawasan terlibat di Terengganu meliputi Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Pahang pula merangkumi Pulau Tioman, manakala di Johor amaran itu melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.
Selain itu, cuaca buruk sama turut menjangkau Sarawak, iaitu Miri (Marudi, Bario dan Telang Usan) serta Limbang.
Di Sabah, kawasan yang dijangka mengalami keadaan serupa ialah Sandakan (Kinabatangan, Labuk dan Sugut, Sandakan, Paitan dan Telupid), Kudat, Pantai Barat serta Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Tambunan dan Sipitang) seperti dilapor Bernama.



