ARTIKEL

Dua beradik berusia tiga tahun dan setahun empat bulan ditemukan rentung dalam keadaan berpelukan dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua, Sik pagi tadi.

Dua beradik ditemui rentung atas katil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIK: Dua beradik berusia tiga tahun dan setahun empat bulan maut selepas ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di atas katil ketika kebakaran di Kampung Teloi Tua pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik tiba di lokasi pada 6.27 pagi.

Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 90 peratus sebuah bangunan, manakala kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Zon 2 JBPM Kedah, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias, menjelaskan bangunan berukuran kira-kira 20×10 kaki itu mempunyai satu ruang pejabat dan bilik air di bahagian luar seperti dilapor Bernama.

Susulan kejadian, siasatan forensik akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran, sementara rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berdekatan turut diteliti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU