ARTIKEL

Hanifah, Yakub santuni mangsa banjir di PPS Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus mendapat perhatian wakil rakyat di kawasan Mukah.

Bagi memberi sokongan terus kepada mangsa, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingian Abdul Yakub Arbi turun padang dengan meninjau keadaan mangsa di PPS.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah menyumbangkan penapis air untuk kegunaan di PPS Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Yakub menyantuni mesra mangsa banjir di sini.

Sumbangan ini adalah bagi memastikan mangsa banjir mendapat bekalan air bersih, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil dan memerlukan air bersih untuk keperluan harian.

Sementara itu, Yakub turut menyantuni mangsa banjir dan memberi sokongan moral kepada mereka agar terus tabah dalam menghadapi bencana ini.

Tambahnya, dengan adanya sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada penduduk kampung sebelum ini, diharapkan ia dapat meringankan beban mangsa.

Antara PPS yang masih aktif di Mukah ialah PPS Dewan MRSM Mukah, PPS Dewan Kem Belia Mukah dan PPS Dewan Kompleks Sukan Komuniti Mukah.

Jumlah mangsa banjir bagi ketiga-tiga PPS setakat 3 petang adalah seramai 439 daripada 163 keluarga.

Hanifah dan Yakub bersama-sama menyantuni mangsa banjir.
Hanifah dan Yakub bersama-sama menyantuni mangsa banjir.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali