ARTIKEL

HANOI: Vietnam mansuh hukuman mati bagi enam kesalahan termasuk edar dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Parlimen Vietnam meluluskan undian pada Jumaat untuk memansuhkan hukuman mati bagi enam kesalahan, termasuk pengedaran dadah secara haram dan merogol individu di bawah usia 16 tahun, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Bernama, pindaan undang-undang itu dijadual berkuat kuasa pada 1 Mac 2027.

Selain dua kesalahan tersebut, hukuman mati turut dimansuhkan bagi rusuhan, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan keganasan yang bertujuan menentang pentadbiran rakyat.

Susulan perubahan itu, hanya empat kesalahan masih boleh dihukum mati, iaitu pengkhianatan terhadap negara, pembunuhan, keganasan dan pengeluaran bahan narkotik secara haram.

Walaupun beberapa anggota Parlimen mahu hukuman itu dikekalkan atas sebab keseriusan jenayah berkenaan, kerajaan menegaskan tiada bukti kukuh bahawa hukuman mati lebih berkesan daripada penjara seumur hidup dan menganggap siasatan mantap serta pelumpuhan rangkaian dadah sebagai pencegahan lebih berkesan.

BERITA LAIN

Jambatan Sejingkat diiktiraf Malaysia Book of Records

KUCHING: Jambatan Sejingkat mencipta sejarah tersendiri apabila menara konkrit berbentuk berlian dalam satah setinggi 119 meter diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai yang tertinggi

BERITA TERBARU