ARTIKEL

Uggah ketika berucap pada majlis itu. | FOTO: MOHD ALIF NONI

Uggah seru rakyat terus sokong GPS demi kesinambungan pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak diseru terus menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan negeri menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, masih banyak agenda pembangunan yang perlu diselesaikan, justeru kesatuan rakyat dan sokongan kepada kepimpinan sedia ada penting bagi meneruskan perancangan pembangunan Sarawak.

Tegasnya, rakyat perlu melihat pencapaian pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri, termasuk pembinaan jaringan jambatan, jalan raya, kemudahan pendidikan tinggi percuma serta pelbagai inisiatif sosioekonomi.

“Agenda membangunkan Sarawak masih banyak belum selesai. Orang Sarawak mesti memahami bahawa kesinambungan kepimpinan penting untuk memastikan negeri ini terus maju dan makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Sejingkat yang disempurnakan Premier di sini malam tadi.

Selain itu, Uggah memberitahu, Sarawak menyaksikan pelbagai perubahan dalam pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk peningkatan hasil negeri daripada RM5.9 bilion pada 2016 kepada unjuran RM15.01 bilion tahun depan.

Katanya, peningkatan hasil berkenaan membolehkan kerajaan negeri memperluas pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk manfaat rakyat, termasuk pendidikan tinggi percuma dan penubuhan Sarawak Sovereign Wealth Future Fund bagi menjamin kepentingan generasi akan datang.

Beliau turut menyentuh kedudukan Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi yang diiktiraf Bank Dunia sejak 2022, selain pembangunan infrastruktur berskala besar menerusi pembinaan 22 jambatan mega di seluruh negeri.

Tambahnya, usaha pembangunan itu mencerminkan perancangan kerajaan negeri untuk memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Di bawah kepimpinan Premier, pembangunan Sarawak bukan sahaja tertumpu kepada ekonomi dan infrastruktur, tetapi turut memastikan tiada golongan yang tertinggal daripada arus pembangunan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uggah menyifatkan Abang Johari sebagai pemimpin yang berusaha membawa pembangunan secara inklusif kepada seluruh rakyat Sarawak.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat terus mengekalkan perpaduan dan memberikan perhatian kepada hala tuju pembangunan negeri ketika menghadapi PRU Sarawak Ke-13.

Beliau turut mengingatkan bahawa pilihan raya akan datang ialah ruang untuk rakyat menentukan wakil serta hala tuju pentadbiran negeri bagi penggal seterusnya.

BERITA LAIN

Jambatan Sejingkat diiktiraf Malaysia Book of Records

KUCHING: Jambatan Sejingkat mencipta sejarah tersendiri apabila menara konkrit berbentuk berlian dalam satah setinggi 119 meter diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai yang tertinggi

BERITA TERBARU

Jambatan Sejingkat diiktiraf Malaysia Book of Records

KUCHING: Jambatan Sejingkat mencipta sejarah tersendiri apabila menara konkrit berbentuk berlian dalam satah setinggi 119 meter diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai yang tertinggi