ARTIKEL

Uggah ketika berucap pada majlis itu. | FOTO: MOHD ALIF NONI

Jambatan Sejingkat diiktiraf Malaysia Book of Records

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jambatan Sejingkat mencipta sejarah tersendiri apabila menara konkrit berbentuk berlian dalam satah setinggi 119 meter diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai yang tertinggi di Malaysia, sekali gus mengangkat keupayaan kejuruteraan Sarawak ke peringkat lebih tinggi.

Pengiktirafan itu diberikan berdasarkan reka bentuk unik menara jambatan berkenaan yang menjadi antara ciri utama projek infrastruktur bernilai RM365.74 juta itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pencapaian berkenaan bukan sahaja membanggakan Sarawak, malah membuktikan kemampuan jurutera dan industri pembinaan tempatan melaksanakan projek infrastruktur berskala besar.

“Pengiktirafan ini memperlihatkan kebolehan jurutera dan industri pembinaan Sarawak dalam menghasilkan projek kejuruteraan bertaraf tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Sejingkat yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, malam tadi.

Abang Johari dan Uggah bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan simbolik perasmian Jambatan Sejingkat. | FOTO: MOHD ALIF NONI

Uggah, yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, berkata jambatan sepanjang 1.281 kilometer itu mempunyai empat lorong dua hala serta menampilkan struktur jambatan kabel penahan (cable-stayed bridge) dengan dek utama sepanjang 800 meter.

Keistimewaan reka bentuknya turut merangkumi sistem bersepadu yang menghubungkan dek jambatan secara langsung dengan empat tiang penyangga tanpa menggunakan galas jambatan pada struktur utama.

Dari segi manfaat kepada pengguna, Jambatan Sejingkat menyediakan laluan alternatif melalui Jalan Kampung Tanjung Bako bagi menghubungkan Kota Samarahan dengan kawasan perindustrian Demak Laut.

Menurutnya, laluan sepanjang 16.5 kilometer itu membolehkan perjalanan antara kedua-dua kawasan dipendekkan kepada kira-kira 20 minit berbanding satu jam 30 minit melalui Jalan Setia Raja dan Pending.

Penggunaan laluan alternatif itu mampu mengurangkan jarak perjalanan sebanyak 43 peratus dan tempoh perjalanan sehingga 78 peratus, selain berpotensi mengalihkan kira-kira 21,000 kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di koridor Kuching-Samarahan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Jambatan Sejingkat antara projek jambatan mega yang dilaksanakan melalui program pembinaan jambatan utama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Setakat ini, 14 daripada 22 jambatan mega di bawah program berkenaan siap dibina dan dibuka kepada pengguna, sekali gus memperkukuh jaringan perhubungan serta meningkatkan aksesibiliti antara kawasan di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

240 iku chalun SPM ninga licha motivasyen (h)

SERIAN: Sepenyampau 240 iku chalun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 ari Sekula Sekondari (SMK) Balai Ringin nyereta Program Ngiri Penemu enggau Peransang dikena netapka pengeransing

Rizab BNM turun kepada US$132.1 bilion

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah US$132.1 bilion setakat 13 Nov 2026, menurun daripada US$132.6 bilion pada 30 Okt 2026. Dalam satu