ARTIKEL

Rizab BNM turun kepada US$132.1 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah US$132.1 bilion setakat 13 Nov 2026, menurun daripada US$132.6 bilion pada 30 Okt 2026.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu memaklumkan rizab mata wang asing menjadi komponen terbesar, iaitu US$116.2 bilion.

Selain itu, rizab ini merangkumi kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) US$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) US$6.0 bilion, emas US$6.2 bilion dan aset rizab lain US$2.4 bilion.

Menurut Bernama, dari segi kunci kira-kira, jumlah aset BNM pada 13 Nov 2026 ialah RM639.76 bilion, dengan RM538.74 bilion terdiri daripada emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR.

Di pihak liabiliti, modal BNM berjumlah RM100 juta, rizab RM195.92 bilion dan edaran mata wang RM188.17 bilion, manakala deposit institusi kewangan RM111.76 bilion, deposit kerajaan persekutuan RM15.09 bilion dan deposit lain RM83.23 bilion.

BERITA LAIN

Moratorium eksport nadir bumi kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2024 bagi menggalakkan pembangunan industri pemprosesan dalam

BERITA TERBARU