ARTIKEL

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Perdagangan ASEAN-China naik hampir 18 peratus, cecah US$1 trilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengurangan halangan perdagangan yang tidak perlu, terutamanya tarif dan ketidakpastian, dapat meyakinkan perniagaan untuk melabur di ASEAN, menurut Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam temu bual video yang disiarkan di media sosial, beliau menjadikan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China sebagai contoh ukuran kejayaan praktikal bagi urusan perniagaan dan kerjasama antara kerajaan.

Beliau menjelaskan bahawa ASEAN dan China ialah rakan dagang terbesar antara satu sama lain, dengan nilai perdagangan hampir US$1 trilion pada 2025, naik hampir 18 peratus.

Selain itu, China sudah 17 tahun berturut-turut menjadi rakan dagang terbesar Malaysia, manakala pelaburan langsung asing dari China ke ASEAN menghampiri US$26 bilion seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menyatakan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang baru dimuktamadkan dan ditandatangani menjangkakan perdagangan elektronik pasaran ASEAN meningkat sehingga US$2 trilion menjelang 2030.

BERITA LAIN

Moratorium eksport nadir bumi kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2024 bagi menggalakkan pembangunan industri pemprosesan dalam

Hidrogen pacu revolusi pengangkutan hijau Malaysia

KUALA LUMPUR: Teknologi hidrogen berpotensi menjadi alternatif kepada penggunaan diesel bagi kenderaan komersial berat, bas ekspres dan pengangkutan logistik jarak jauh seterusnya menyokong usaha kerajaan

BERITA TERBARU