Hanya untuk penjawat Persekutuan di Sarawak

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan Setiausaha Persekutuan bagi mewujudkan sistem untuk membiayai bantuan khas kepada penjawat Persekutuan Sarawak pada Jun tahun hadapan.

“Kerajaan kini sedang bekerjasama dengan pejabat Setiausaha Persekutuan berkenaan pembayaran insentif itu kepada penjawat berdasarkan senarai Persekutuan.

“Bantuan khas ini hanya akan diberikan kepada penjawat awam Persekutuan yang bekerja di Sarawak walaupun terdapat ramai rakyat Sarawak bekerja dengan Kerajaan Persekutuan di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia 2019 Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Tertutup Miri, semalam.

Suara Sarawak