ARTIKEL

Harap tiada lagi dolak-dalik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diharap dapat menjadikan pembangunan sekolah daif di Sarawak sebagai agenda utama, tegas Pengerusi Biro Pendidikan Persatuan Warga Islam Saribas (Perwaris) Dr. Abang Ismail Abang Julhi.

“Lebih-lebih lagi selepas Kerajaan Sarawak bersetuju membayar RM1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dana tersebut harus dimanfaat sepenuhnya oleh pihak berwajib untuk membaik pulih sekolah daif yang ternyata amat memerlukan perhatian.

“Biarlah proses pembaikan sekolah daif ini menjadi agenda utama KPM demi kelestarian pembangunan pendidikan di Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa Kerajaan Sarawak akan membayar baki RM650 juta pada tahun ini selepas RM350 dibayar pada tahun lalu.

Abang Ismail menambah, keadaan sekolah yang daif menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran ekoran persekitaran agak usang serta kurang selamat yang menambahkan lagi kerisauan guru dan pelajar termasuk ibu bapa.

“Sangat kurang adil sekiranya anak-anak di bandar menikmati kemudahan serba lengkap, sedangkan anak-anak di luar bandar dan pedalaman belajar dalam keadaan kurang selesa.

“Kami amat berharap agar tiada dolak-dalik atau sorong tarik dalam merealisasikan hasrat ini.

“KPM seharusnya mempercepatkan proses penambahbaikan sekolah daif di Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU