ARTIKEL

Harga emas kukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Poh Kong Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi bagi suku pertama tahun kewangan 2026, berakhir 31 Okt, 2025 (S1 TK2026) kepada RM39.61 juta daripada RM21.34 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Hasil bagi syarikat barang kemas itu juga meningkat kepada RM439.94 juta daripada RM329.28 juta tahun lalu, didorong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk barang kemas daripada ema sdan produk pelaburan emas, serta lonjakan harga emas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata keuntungan bersih yang meningkat sebanyak RM18.27 juta disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi dan trend kenaikan harga emas secara keseluruhan.

Mengenai prospek, kumpulan itu berkata industri barang kemas daripada emas di Malaysia menunjukkan pertumbuhan dan daya tahan yang kukuh tahun ini, didorong oleh permintaan tempatan dan antarabangsa.

“Pasaran barang kemas berpotensi untuk terus berkembang dan kami menjangkakan trend kenaikan harga emas akan berterusan sehingga 2026.

“Walaupun terdapat faktor seperti inflasi dan turun naik nilai mata wang, kami percaya pembelian kukuh oleh bank pusat, perbelanjaan pengguna dan permintaan aset selamat yang meningkat di tengahtengah ketidakpastian geopolitik global akan terus menyokong permintaan untuk barang kemas dan produk pelaburan emas,” katanya.

Kumpulan itu berkata ia akan terus memantau kesan ketidaktentuan semasa ke atas operasinya, menegakkan serta menunaikan kewajipan kewangan dan sentiasa menilai prestasi Poh Kong.

“Sekiranya tidak berlaku sebarang keadaan yang di luar jangka, lembaga pengarah yakin kumpulan telah melaksanakan langkahlangkah yang mencukupi untuk menghadapi cabaran pada tahun kewangan yang berakhir 31 Julai, 2026,” tambahnya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik