ARTIKEL

Freepik.com

Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Harga emas mencatat paras tertinggi baharu pada Isnin, apabila satu auns mencecah AS$3,405.19 susulan ketidaktentuan dalam perdagangan global yang mendorong peningkatan permintaan terhadap “aset pelaburan selamat”.

Menurut Anadolu Ajansi, harga emas ketika ini berada pada sekitar AS$3,404.40 setakat pukul 1200GMT, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Kenaikan lebih 2.3 peratus pada harga emas pada Isnin itu dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan konflik perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia terus memuncak.

Kecenderungan bank pusat untuk menurunkan kadar faedah turut menyumbang kepada peningkatan harga emas, selepas Bank Pusat Eropah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu.

Lonjakan harga emas semakin ketara selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif “timbal balik” terhadap lebih 180 negara pada 2 April. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan