ARTIKEL

Harga minyak mentah dunia turun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HOUSTON: Niaga hadapan minyak mentah susut sedikit pada Jumaat ketika pelabur menilai premium risiko geopolitik susulan rundingan damai Rusia-Ukraine yang berlarutan, sambil menumpukan perhatian kepada mesyuarat OPEC+ pada Ahad untuk petunjuk kemungkinan perubahan pengeluaran, lapor Reuters.

Niaga hadapan minyak mentah U.S. West Texas Intermediate (WTI) kembali diniagakan selepas dibekukan berikutan gangguan sistem di CME Group yang dikaitkan dengan masalah penyejukan di pusat data CyrusOne.

Niaga hadapan Brent pula didagangkan di Intercontinental Exchange (ICE).

Niaga hadapan Brent bulan semasa untuk penyelesaian Januari, yang tamat tempoh pada Jumaat, ditutup susut 14 sen atau 0.22 peratus kepada AS$63.20 setong. Kontrak Februari yang lebih aktif ditutup pada AS$62.38, turun 49 sen berbanding penutupan Khamis.

WTI ditutup pada AS$58.55 setong, susut 10 sen atau 0.17 peratus berbanding penutupan Rabu.

Tiada harga penutup pada Khamis kerana cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat.

Walaupun meningkat sekitar satu peratus minggu ini, kedua-dua penanda aras itu ditutup rendah untuk bulan keempat berturutturut, iaitu penurunan paling panjang sejak 2023, ekoran jangkaan peningkatan bekalan global yang terus menekan harga.

Kekuatan margin keuntungan penapisan bahan api menyokong permintaan minyak mentah di beberapa pasaran, namun kesan negatif daripada jangkaan lebihan bekalan global terus menekan harga, kata penganalisis Rystad Janiv Shah.

Pengeluaran minyak Amerika Syarikat meningkat ke paras tertinggi baharu pada September menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), sekali gus menambah kebimbangan bahawa pasaran sedang menuju ke arah lebihan bekalan.

Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat meningkat 44,000 tong sehari pada September kepada rekod 13.84 juta tong sehari menurut data EIA.

Tinjauan Reuters melibatkan 35 ahli ekonomi dan penganalisis menunjukkan jangkaan harga purata Brent pada 2026 adalah AS$62.23 setong, turun daripada ramalan Oktober sebanyak AS$63.15. Setakat ini pada 2025 harga purata penanda aras itu ialah AS$68.80 setong menurut data LSEG.

Petanda bahawa perjanjian damai antara Ukraine dengan Rusia semakin hampir mendorong kejatuhan ketara harga minyak awal minggu ini, namun harga pulih sepanjang tiga sesi dagangan terakhir apabila rundingan kembali berlarutan.

Niaga hadapan menjangkakan satu bentuk perjanjian damai yang mengekang harga, kata Naib Presiden Kanan Dagangan BOK Financial Dennis Kissler dalam satu nota pada Jumaat.

Namun setakat ini maklumat masih terhad dan ketiadaan perjanjian kemungkinan membawa kepada sekatan lebih ketat terhadap eksport minyak Rusia.

Pada Ahad OPEC+ dijangka mengekalkan paras pengeluaran semasa dalam mesyuaratnya dan bersetuju dengan mekanisme baharu untuk menilai kapasiti pengeluaran maksimum ahli menurut dua delegasi kumpulan itu serta satu sumber yang dekat dengan rundingan berkenaan.

Arab Saudi yang merupakan pengeksport minyak terbesar dunia dijangka menurunkan harga jualan rasmi minyak mentah Januari untuk pembeli Asia buat bulan kedua ke paras terendah dalam tempoh lima tahun ekoran tekanan daripada bekalan yang banyak dan jangkaan lebihan

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali