ARTIKEL

Foto: Bernama

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Ia berkata penurunan berterusan dalam pengeluaran minyak sawit di Sabah masih membimbangkan dan berkemungkinan mengehadkan sebarang pemulihan yang ketara dalam pengeluaran bagi tempoh beberapa bulan akan datang.

“Walaupun adanya faktor-faktor sokongan ini, kenaikan kukuh dalam harga minyak sayuran tidak mungkin berlaku kerana konflik perdagangan yang semakin meningkat dan harga minyak mentah yang lemah membayangkan risiko yang lebih tinggi dan ketidaktentuan harga,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

MPOC berkata stok minyak sawit Malaysia meningkat kepada 1.56 juta tan pada Mac 2025 selepas mengalami penurunan selama enam bulan berturut-turut.

Peningkatan itu didorong oleh kenaikan dalam pengeluaran minyak sawit sebanyak 16.8 peratus bulan ke bulan berikutan kelewatan penuaian pada Februari yang disebabkan oleh hujan lebat dan banjir.

Walaupun berlaku pemulihan pada Mac, pengeluaran kumulatif untuk suku pertama 2025 kekal terendah dalam tempoh tiga tahun dan penurunan dalam pengeluaran tahun ke tahun mungkin berterusan sehingga September.

“Sehubungan itu, jumlah pengeluaran minyak sawit pada 2025 mungkin jatuh sekitar 19 juta tan — di bawah 19.3 juta tan yang dicatatkan pada 2024,” katanya.

Minyak sawit baru-baru ini memperoleh semula daya saing harganya berbanding minyak campuran, dengan diniagakan pada premium di pasaran global sejak Ogos 2024.

Pada harga RM3,900 setan, minyak sawit kini dianggap berada pada harga yang berpatutan.

— Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha