ARTIKEL

Facebook Kementerian Kewangan

Harga petrol, diesel kekal hingga 25 Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Oktober ini.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga itu berdasarkan kepada harga mingguan produk petrolium mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).


“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak mentah global, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU