ARTIKEL

Foto: Freepik.com

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter dari 24 hingga 30 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah, iaitu RM2.88 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Kenyataan itu menjelaskan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak global dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU