ARTIKEL

Kredit: Bernama

Harga runcit diesel, RON95 tanpa subsidi turun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 85 sen kepada RM5.12 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 April 2026, berbanding RM5.97 seliter sebelum ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan semalam, kementerian itu memaklumkan harga runcit RON97 ditetapkan pada RM4.85 seliter, turun 25 sen berbanding RM5.10 seliter sebelum ini, manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.87 seliter berbanding RM4.02.

“Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan harga runcit petrol RON95 dan RON97 diturunkan berikutan penurunan harga pasaran antarabangsa.

“Penurunan harga minggu ini adalah berdasarkan formula APM yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu.

Walaupun terdapat pelarasan, harga petroleum kekal tinggi berbanding paras sebelum konflik,” katanya.

Dalam tempoh sama, MOF memaklumkan kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu.

Ini termasuk RON95 di Sabah dan Sarawak pada RM2.05 seliter; diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter; Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

Menurut MOF, dengan konflik di Asia Barat yang berlarutan, kerajaan akan terus memantau rapi perkembangan semasa dan mengambil langkah bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api, di samping melindungi rakyat serta sektor ekonomi daripada impak penuh gangguan rantaian bekalan.

Walaupun harga minggu global menunjukkan tanda penyusutan, katanya ketidaktentuan pasaran tenaga masih berterusan dan pemulihan bekalan tidak berlaku serta-merta.

“Gangguan kepada kemudahan pengeluaran di Asia Barat serta rantaian logistik dan penghantaran global memerlukan masa untuk kembali stabil,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, MOF memaklumkan Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemat bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

“Dalam tempoh ini, rakyat diseru untuk terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara,” menurut kenyataan itu. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi