ARTIKEL

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyantuni tetamu yang hadir. GAMBAR: Astana Negeri Sarawak

Hargai keharmonian dan perpaduan kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Astana Negeri Sarawak, Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan daripada delegasi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Dalam ucapannya, Tun Wan Junaidi menegaskan keharmonian dan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Keberagaman yang kita miliki adalah aset yang amat berharga dan perlu terus dipelihara.

“Saya berharap agar semangat saling menghormati dan kebersamaan ini terus menjadi tunjang kepada kestabilan, kesejahteraan, dan kemakmuran negeri Sarawak,” katanya dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Astana Negeri Sarawak, semalam.

Kunjungan muhibah ini diketuai oleh Pengarah UNIFOR, Datuk Georgina Apphia Ngau dan disertai oleh The Rt Reverend Datuk Danald Jute.

Turut hadir dalam majlis ialah, Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS), Datuk Tay Chin Kin; Pengerusi Malaysian Buddhist Association Sarawak Branch, Datuk Richard Wee; Presiden Federation of Sarawak Temple Association, Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira; Presiden Sarawak Sikh Temple Association, Datuk Shankar Ram Asnani; Presiden Sri Maha Mariamman Kuching Temple Association, Chin Chia Chau; Pengerusi Spiritual Assembly of Baha’is of Sarawak dan wakil Malaysian Hindu Sangam Sarawak Branch; Vijaya Kumar Govindasamy.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha