ARTIKEL

Pegawai dan anggota Polis yang menjayakan program Hari Bersama Pelanggan IPD di Sarikei, pada Rabu.

Hari Bersama Pelanggan IPD Sarikei, perkukuh hubungan Polis dengan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei hari ini mengadakan Hari Bersama Pelanggan dalam usaha memberi pendedahan berkenaan perkhidmatan disediakan pasukan keselamatan itu kepada orang ramai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superintendan Polis (DSP) Benedict Faris Jimoy berkata, program yang bermula pada jam 10 pagi itu, sebahagian pendekatan penting memupuk dan menyemai semangat persefahaman antara PDRM dengan komuniti setempat selain mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam di daerah ini.

Pegawai dan anggota Polis yang menjayakan program Hari Bersama Pelanggan IPD di Sarikei, pada Rabu.

Menurutnya, selain pegawai kanan program turut disertai Pegawai Rendah Polis (PRP) dan AMANITA.

“Kita turut membuka kaunter dengan memberi perkhidmatan kepada orang awam dalam bentuk penerimaan seperti aduan, laporan polis serta maklumbalas terhadap mutu perkhidmatan IPD Sarikei berkaitan maklumat keselamatan, jenayah, komersil, trafik dan juga narkotik.

Pegawai dan anggota Polis yang menjayakan program Hari Bersama Pelanggan IPD di Sarikei, pada Rabu.

“Secara tidak langsung, program memberi peluang kepada masyarakat setempat di bawah pentadbiran untuk bertemu dengan pegawai dan anggota IPD Sarikei,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penganjuran aktiviti juga memberi peluang kepada Polis untuk menerangkan kes-kes yang sering berlaku di kawasan sekitar seperti kecurian kenderaan, pecah rumah, penipuan di atas talian serta menerangkan langkah pencegahan jenayah.

Pada masa yang sama katanya, program juga membuktikan ‘omnipresence’ atau kehadiran di mana-mana polis di kawasan tumpuan awam dan pada masa yang sama mewujudkan suasana selamat.

“Di samping itu, selain menarik penyertaan ahli baharu, AMANITA turut memberi penerangan ringkas kepada orang awam berkaitan dengan pencegahan Jenayah yang melibatkan kaum wanita seperti gangguan seksual,keganasan rumahtangga,ragut,pecah rumah dan penipuan dalam talian.

“Sehubungan itu, saya juga mengalu-alukan orang ramai mengikuti dan menyertai kami di laman Facebook@JSJKPDRM@CyberCrimeAlertRMP bagi mendapatkan lebih banyak info berkaitan Modus Operandi Jenayah Komersial terkini,” ujarnya.

Program ini diselaraskan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Sarikei, Asistan Superitendan Polis (ASP) Azmi Abdul Lamat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha