ARTIKEL

Hari Keluarga NSJA disambut meriah di Indin Resort

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seramai 50 orang ahli Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) bersama-sama ahli keluarga masing-masing telah hadir bagi memeriahkan Hari Keluarga persatuan berkenaan yang diadakan di Indin Resort di sini hari ini.

Presiden NSJA Andy Jong Wan Joon berkata, program sedemikian diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama keluarga ahli persatuan berkenaan serta memantapkan lagi kerjasama dalam kalangan ahli, sekali gus menggalakkan semangat berpasukan.

“Saya difahamkan sudah sekian lama NSJA tidak menganjurkan program Hari Keluarga seperti ini, dan kali terakhir diadakan adalah di Hotel Holiday Inn.

Pada ketika itu, saya baru sahaja menjadi wartawan.

“Sebagai seorang wartawan, saya sangat memahami bahawa kesibukan tugas serta jadual kerja setiap ahli adalah berbeza menyebabkan ahli-ahli NSJA tidak dapat mencari ruang dan masa untuk menganjurkan program atau aktiviti bersama-sama.

“Namun, kita berjaya mengadakannya pada tahun ini.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan berharap agar ia diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Jong memuji penglibatan ahli-ahli NSJA dalam pelbagai akriviti kebajikan dan sosial yang telah membantu mengangkat nama persatuan berkenaan.

Katanya, antara pencapaian ahli-ahli NSJA adalah terlibat langsung dengan penghasilan mercu tanda ‘Sayangi Miri’ di pusat bandar ini, kempen derma darah sejak tahun 2019, kempen pembersihan pantai, dan banyak lagi.

“Penglibatan NSJA dalam aktiviti sedemikian telah membuahkan hasil setelah NSJA menerima beberapa anugerah sebagai pengiktirafan kepada kerja keras dalam membantu ahli-ahlinya serta masyarakat,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan