ARTIKEL

Poster Hari Pahlawan dari Facebook Fadillah Yusof

Hari Pahlawan: Fadillah Ajak Rakyat Perkukuh Patriotisme

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mengenang serta menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara yang menjadi benteng mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemakmuran tanah air.

Fadillah Yusof.

Katanya, sambutan Hari Pahlawan 2026 yang membawa tema “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan” bukan sekadar memperingati perjuangan perwira negara, malah menjadi wadah menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh iltizam rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara demi menjamin keamanan dan kesejahteraan berkekalan.

Menurutnya, pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang mempertaruhkan darah, keringat dan nyawa demi memastikan negara terus merdeka, berdaulat dan aman tidak harus dilupakan oleh mana-mana generasi.

Dalam pada itu, Fadillah memberitahu keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang dinikmati negara pada hari ini merupakan hasil pengorbanan para perwira yang sanggup berkorban demi memastikan keselamatan rakyat terus terpelihara.

Menurutnya, jasa mereka akan terus terpahat dalam lipatan sejarah negara dan kekal subur dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat menjadikan semangat keberanian, kesetiaan dan pengorbanan para pahlawan sebagai inspirasi untuk terus memperkukuh perpaduan, mempertahankan kedaulatan negara serta membina Malaysia yang lebih aman, makmur dan berdaya tahan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU