ARTIKEL

Lee Kim Shin menyaksikan raptai Sambutan Hari Sarawak. | GAMBAR: UKAS

Hari Sarawak 2025 bakal tampil lebih meriah dan patriotik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sambutan Hari Sarawak tahun ini dijangka lebih meriah dengan pelbagai pengisian istimewa yang bukan sahaja membangkitkan semangat patriotik, malah menjadi platform untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum.

Antara pengisian utama termasuk tayangan video khas Hari Sarawak yang mengiringi lagu tema sambutan bertajuk Sarawakku Gemilang serta tayangan video Sarawak Maju Makmur – A Journey Through Time and Progress.

Suasana raptai Sambutan Hari Sarawak. |Suasana raptai Sambutan Hari Sarawak. GAMBAR: UKASGAMBAR: UKAS
Suasana raptai Sambutan Hari Sarawak. | GAMBAR: UKAS

Video khas tersebut akan dipaparkan selepas simbolik perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Sarawak 2025, Datuk Sri Lee Kim Shin.

Ia juga akan menampilkan Konsert Rakyat oleh Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) yang mengiringi persembahan artis tempatan seperti Karen Libau, Raquel Then, Firdaus Materang, Donny Lang, Jali, Noise Dream Band dan Pinomal Band yang diketuai oleh Fredo.

Suasana raptai Sambutan Hari Sarawak. | GAMBAR: UKAS
Suasana raptai Sambutan Hari Sarawak. | GAMBAR: UKAS

Turut disajikan nanti, persembahan Koir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong serta tarian daripada kumpulan D’Bayu and Cultural Miri, Kumpulan Gah Rentak and Culture Art Miri dan The Art School.

Penampilan istimewa penyanyi terkenal tanah air, Bob Yusof, Dayang Nurfaizah dan Zee Avi menghangatkan lagi malam sambutan nanti sebelum ditutup dengan persembahan bunga api yang berwarna-warni sebagai simbolik kemeriahan Hari Sarawak 2025.

Dalam pada itu, raptai penuh Majlis Sambutan Hari Sarawak 2025 berjalan lancar di Stadium Bandar Raya Miri, semalam yang disaksikan oleh Lee.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,