ARTIKEL

Antara aktiviti dianjurkan sempena Hari Terbuka Hospital Umum Sarawak.

Hari Terbuka HUS pada 4 November ini, tawar pelbagai khidmat kesihatan percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Hari Terbuka Hospital Umum Sarawak (HUS) serta berpeluang mengenali dengan lebih dekat pelbagai perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

HUS dalam kenyataan berkata, sebanyak lebih 45 kaunter kesihatan akan dibuka kepada orang ramai dalam program yang berlangsung pada Sabtu, 4 November ini bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang, di sini.

“Antara objektifnya adalah bagi mewujudkan kesedaran generasi muda tentang kesihatan yang baik dan kesejahteraan masyarakat. Di samping menghargai tanggungjawab kesihatan sebagai aset paling berharga.

“Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk perkhidmatan pergigian, pemeriksaan kesihatan umum dan wanita, lawatan-lawatan ke klinik-klinik Pakar, reruai pameran kesihatan, pameran perkhidmatan sekolah dalam Hospital, kuiz kesihatan, gerai makanan dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut HUS, dianggarkan lebih 600 pelajar sekolah di sekitar Kuching akan terlibat dalam program tersebut, termasuk wakil persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), orang awam serta agensi dan jabatan kerajaan.

“Program ini juga bertujuan memupuk minat generasi muda menceburi bidang perubatan.

Antaranya kita mengadakan sesi dialog berkaitan kerjaya perubatan dan perkhidmatan kesihatan yang melibatkan ahli-ahli panel terdiri daripada pakar-pakar dan pegawai perubatan.

“Ia bakal berlangsung di auditorium CRC dengan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah (Perubatan III), HUS Dr Wong Kee Ging sebagai moderator,” ujarnya.

Kenyataan itu turut memberitahu bahawa majlis perasmian program kelak bakal disempurnakan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Kerajaan Tempatan Datuk Amar
Dr. Sim Kui Hian.

“Oleh itu, orang ramai dijemput hadir dan tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dan melihat sendiri kerjaya perubatan serta kemudahan kesihatan yang disediakan,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha