ARTIKEL

Harimau Malaya lawan Jepun?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menunggu jawapan berhubung perancangan mengadakan aksi persahabatan antara Malaysia dengan pasukan nombor satu Asia, Jepun pada jendela perlawanan antarabangsa September depan.

Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, dalam pada itu skuad Harimau Malaya yang akan beraksi dua perlawanan dalam tempoh itu, sudah hampir pasti akan menguji kekuatan menentang Hong Kong.

Beliau berkata, sebuah lagi pasukan belum dimuktamadkan dengan Jepun, yang juga juara Piala Asia terbanyak dengan rekod empat kali antara yang berada dalam senarai, selain Taiwan, China dan Uzbekistan.

“Pada September ini kita akan bermain dua perlawanan di luar, kemungkinan bermain dengan Hong Kong yang sudah hampir pasti… mungkin juga lawan Taiwan (dan) kita tengah minta juga antara Jepun, China dan Uzbekistan.

“Kita masih tunggu jawapan, selepas saya berhubung dengan kesemua presiden (persatuan bola sepak masing-masing).

Mereka akan muktamadkan perkara ini selepas bercakap dengan ketua jurulatih masing-masing,” katanya kepada media semalam.

Sementara itu, Hamidin berkata, pada jendela perlawanan antarabangsa paling hampir iaitu pada Mac ini, pasukan negara akan berlatih dan beraksi di gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, dengan Turkmenistan sah sebagai salah satu lawan pasukan negara.

Beliau berkata, skuad bimbingan Pan Gon seterusnya akan bertemu antara Taiwan dan Kuwait, dengan perkara itu akan dimuktamadkan minggu ini.

“Pada (jendela perlawanan) Jun pula kita akan bermain satu perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim dan satu lagi mungkin di Terengganu, Pahang ataupun Pulau Pinang, untuk beri ruang kepada peminat di sana.

Yaman ialah satu pasukan yang sudah pasti, satu lagi antara Syria dan Oman,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai penganjuran Pestabola Merdeka yang dijadual berlangsung pada Oktober, Hamidin berkata FAM sedang memuktamadkan dua lagi pasukan lawan antara India, Lubnan dan China, selepas Palestin sudah mengesahkan penyertaan mereka selain Malaysia selaku tuan rumah.

“Format kejohanan sama macam Piala Raja Thailand, kita akan main dua perlawanan sebab jumlah itu saja yang dibenarkan,” katanya sambil memaklumkan Malaysia juga akan beraksi dua perlawanan masing-masing pada November dan Disember, sebelum menghadapi Piala Asia 2023 pada Januari 2024.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan siapa lawan pasukan negara pada keduadua bulan tersebut.

Hamidin berkata, FAM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung jadual perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya tahun ini, selewat-lewatnya awal minggu depan.- Bernama.

BERITA LAIN

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga