ARTIKEL

Foto Bernama

Harimau Malaya masih di bawah jagaan FAM – Noor Azman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menepis tanggapan sudah tidak lagi menjadi “watak penting” dalam urusan mengendalikan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata sebaliknya, skuad negara yang kini sedang melalui proses revolusi, masih berada di bawah bidang kuasa badan induk sukan itu selain mendapat bantuan daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
“Istilah kita swastakan skuad kebangsaan itu tiada, skuad kebangsaan masih di bawah carta organisasi FAM.
“Bagi FAM, kita menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor yang banyak membantu dalam merealisasikan revolusi Harimau Malaya. Banyak bantuan dan sokongan telah diberikan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa FAM di sini semalam.
Sebelum ini, timbul persepsi Harimau Malaya telah bergerak secara bebas serta berasingan daripada FAM setelah Tunku Mahkota Ismail dilihat menjadi individu yang lebih ke hadapan ke arah mentransformasikan skuad yang akan turun beraksi pada kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU