ARTIKEL

Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya Tan Cheng Hoe ketika ditemu bual sebelum berlepas ke Thailand bagi saingan ketiga kumpulan Piala Hyundai ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Harimau Malaya Tempang Tanpa Endrick

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG Pemain Harimau Malaya Endrick Dos Santos terpaksa diketepikan daripada skuad yang bakal menentang Thailand dalam saingan Piala ASEAN 2026 pada Sabtu ini selepas tonggak tengah itu disahkan mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL).

Mengakui satu kerugian kepada pasukan, ketua jurulatih interim Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berkata pemain berusia 34 tahun itu perlu memberi tumpuan kepada proses pemulihan.

“Semua pemain berada dalam keadaan terbaik kecuali Endrick. Doktor telah melakukan pemeriksaan MRI malam tadi dan mendapati dia mengalami kecederaan MCL serta perlu berehat.

“Ini satu berita yang kurang baik untuk pasukan. Sudah tentu ia satu kerugian kerana Endrick adalah pemain berpengalaman,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum berlepas ke Bangkok hari ini.

Dalam pada itu, Cheng Hoe berkata beliau dan barisan kejurulatihan akur dengan perkembangan berkenaan dan sedang mencari penyelesaian terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain Star City FC itu.

Walaupun tidak dapat diturunkan, Cheng Hoe mengesahkan pemain naturalisasi itu tetap dibawa bersama-sama skuad ke Bangkok bagi memastikan semangat kekeluargaan dalam pasukan terus utuh.

“Endrick mahu bersama dengan pasukan. Sokongannya penting kepada pemain muda untuk menghadapi perlawanan yang akan datang,” katanya.

Selepas berdepan Myanmar dan Laos, skuad Harimau Malaya akan mengharungi perlawanan ketiga menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 1 Ogos sebelum melengkapkan saingan Kumpulan B dengan menentang Filipina di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini.

Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata, diikuti Thailand dan Myanmar yang masing-masing mengumpul tiga mata manakala Filipina dan Laos masih belum meraih sebarang mata. — BERNAMA

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan