ARTIKEL

HARMONI dalam KEJIRANAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WANITA IKRAM Sibu mengadakan sesi perkongsian bersama para ahlinya pada Jumaat lalu.

Perkongsian tersebut membincangkan kepentingan berbuat baik kepada jiran.

Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan jirannya.”

Jiran bukan sekadar orang yang tinggal di sebelah, tetapi insan yang perlu dihormati dan dibantu. Adab berjiran merangkumi sikap tolong-menolong, hormat-menghormati dan bertolak ansur.

Sekadar menyapa, memberi hadiah kecil atau membantu ketika kesusahan sudah memadai sebagai tanda prihatin.

Namun, banyak perselisihan antara jiran berpunca daripada hal kecil seperti membuang sampah sembarangan, meletakkan kenderaan sesuka hati atau menyidai pakaian di pagar jiran tanpa izin.

Sikap sebegini boleh merosakkan hubungan kejiranan.

Islam mengajar umatnya agar tidak menyakiti jiran.

Jika kita tidak suka diperlakukan begitu, jangan pula kita menyakiti mereka.

Rasulullah SAW sangat memuliakan jiran hingga menyatakan bahawa menyakiti jiran adalah tanda kurangnya iman.

Menziarahi jiran yang sakit juga termasuk dalam adab berjiran. Islam menggalakkan kita melawat orang sakit dengan menjaga adab, seperti tidak melawat terlalu lama dan memberikan sokongan moral.

Ini menunjukkan kasih sayang dan perhatian kita terhadap jiran.

Sikap bertolak ansur amat penting dalam membina suasana harmoni.

Ia bukan sekadar mengalah, tetapi juga memahami dan menghormati keperluan jiran.

Islam menyeru umatnya untuk menyelesaikan pertelingkahan secara damai dan memperkukuhkan persaudaraan, seperti dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10.

Kesimpulannya, kejiranan yang harmoni bermula dengan sikap mulia sesama jiran.

Jika nilai ini dijaga, masyarakat akan hidup dalam suasana aman, penuh kasih sayang dan diberkati Allah SWT.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha