MEDIA sosial berkembang dan kini menjadi platform yang amat berfaedah kepada peniaga.
Dengan kemajuan teknologi yang pesat, ia mampu menarik minat individu dari pelbagai pelosok dunia untuk mengenali dan menyokong perniagaan mereka dalam sekelip mata.
Penyanyi Olivia Christie Winnie, mengambil peluang untuk menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mempromosikan produk minyak wanginya yang dinamakan Olivia C. Perfume.
Menurut Olivia, sebagai usahawan muda, media sosial banyak membantunya untuk mendapatkan sambutan yang sangat baik daripada pelanggan.
“Saya sangat bersyukur kerana produk saya diterima baik oleh orang ramai.
Setelah dilancarkan, saya berjaya menjual 100 unit minyak wangi dalam masa yang singkat,” jelasnya kepada Suara Sarawak.
Selain bijak menggunakan media sosial, Olivia juga sangat cakna akan permintaan minyak wangi yang tinggi dalam masyarakat, yang mendorongnya untuk memulakan perniagaan ini.
”Sebagai seorang artis Dayak, saya melihat bahawa orang ramai sangat minat terhadap minyak wangi.
“Oleh itu, saya memilih untuk menggabungkan pelbagai bahan seperti buah-buahan, bunga-bungaan dan herba import untuk mencipta bau yang menyegarkan dan berkualiti tinggi.
“Minyak wangi ini juga mempunyai bau yang menenangkan, elegan dan tahan lama kerana saya mahu orang yang memakai minyak wangi ini berasa nyaman dan bangga dengannya,” kongsi Olivia.
Menjelas lanjut, Olivia turut mengetengahkan indentitinya tersendiri dalam minyak wangi yang dihasilkan agar lebih elegan dan unik.
“Bagi saya, bau minyak wangi dapat mempengaruhi emosi, memberi ketenangan, dan menjadikan aura positif sentiasa ada di sekelilingnya.
“Oleh itu, saya sentiasa berusaha mencipta bau yang mempu menggambarkan diri saya dan memberikan kesan mendalam kepada mereka yang menghidu bau tersebut.
“Yang saya impikan ialah minyak wangi ini mewakili identiti saya. Saya mahu orang yang menghidu bau ini ingat kepada saya,” jelasnya.
MEDIA sosial berkembang dan kini menjadi platform yang amat berfaedah kepada peniaga.
Dengan kemajuan teknologi yang pesat, ia mampu menarik minat individu dari pelbagai pelosok dunia untuk mengenali dan menyokong perniagaan mereka dalam sekelip mata.
Penyanyi Olivia Christie Winnie, mengambil peluang untuk menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mempromosikan produk minyak wanginya yang dinamakan Olivia C. Perfume.
Menurut Olivia, sebagai usahawan muda, media sosial banyak membantunya untuk mendapatkan sambutan yang sangat baik daripada pelanggan.
“Saya sangat bersyukur kerana produk saya diterima baik oleh orang ramai. Setelah dilancarkan, saya berjaya menjual 100 unit minyak wangi dalam masa yang singkat,” jelasnya kepada Sarawak.
Selain bijak menggunakan media sosial, Olivia juga sangat cakna akan permintaan minyak wangi yang tinggi yang mendorongnya untuk memulakan perniagaan ini.
”Sebagai seorang artis Dayak, saya melihat bahawa orang ramai sangat minat terhadap minyak wangi.
“Oleh itu, saya memilih untuk menggabungkan pelbagai bahan seperti buah-buahan, bunga-bungaan dan herba import untuk mencipta bau yang menyegarkan dan berkualiti dapat mempengaruhi emosi, memberi ketenangan, dan menjadikan aura positif sentiasa ada di sekelilingnya. berusaha mencipta bau yang mempu menggambarkan diri saya dan memberikan kesan mendalam kepada mereka yang menghidu bau tersebut. minyak wangi ini mewakili identiti minyak wangi ini mewakili identiti saya.
Saya mahu orang yang menghidu bau ini ingat kepada saya,” jelasnya.
Minyak wangi ini bukan sahaja sesuai untuk wanita, tetapi juga lelaki kerana ia dicipta untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.
“Olivia C.Perfume merupakan minyak wangi dalam kategori Eau De Parfum (EDP) yang bermaksud mempunyai ketahanan bau yang lebih lama dan berkualiti.
“Minyak wangi ini dihasilkan menerusi kerjasama dengan kilang pati minyak wangi import. Setiap bahan dipilih dengan teliti untuk memastikan kualiti dan bau dihasilkan memenuhi piawaian tertinggi.
“Setiap bahan yang digunakan adalah premium dan berkualiti tinggi.
Saya mahu setiap orang yang memakai minyak wangi ini merasai pengalaman yang luar biasa,” tambah Olivia. Produk ini hadir dalam dua saiz iaitu 10 mililiter dijual pada harga RM25 dan 30 mililiter pada harga RM48 yang menjadikannya pilihan berbaloi untuk semua golongan.
Sambutan dan penerimaan orang ramai Selepas melancarkan produk ini, Olivia menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan yang membeli dan mencuba minyak wangi Olivia C. Perfume.
“Puji Tuhan! Dengan sokongan rakan-rakan dan keluarga saya, saya berjaya melancarkan minyak wangi ini, dan saya berasa sangat bersyukur atas sokongan mereka.
“Oleh itu, saya berhasrat untuk mengembangkan pasaran minyak saya ke seluruh Malaysia dan mungkin ke luar negara. Saya akan terus berusaha menghasilkan produk berkualiti yang mampu memberikan kepuasan kepada pengguna.
“Saya berharap produk ini terus berkembang dan diterima dengan baik di pasaran.
Ini baru permulaan, dan saya bertekad untuk membawa produk ini ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Olivia dengan penuh keyakinan.



