ARTIKEL

Hasrat beregu lebur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HASRAT beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit menampilkan prestasi sebenar selepas beraksi hambar dalam kejohanan musim ini terbantut selepas ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam kelmarin.

Kredibiliti pasangan nombor dunia dan Juara Dunia itu tercalar selepas tewas kepada pasangan nombor 14 dunia dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin dalam perlawanan yang diheret ke set penentuan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai.

Aaron-Wooi Yik pada mulanya mendominasi perlawanan seawal set pertama dengan mencatatkan kemenangan 21-14.

Bagaimanapun, pihak lawan yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 bangkit menghalang kemaraan Aaron-Wooi Yik dan memenangi set seterusnya 16-21 dan 19-21 dalam pertarungan selama 47 minit.

Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew SinTeo Ee Yi juga gandingan kelapan dunia, terpaksa bergelut dalam pertarungan tiga set berdepan gandingan Jepun Ayato EndoYuta Takei sebelum berjaya menempah slot suku akhir BAC.

Yew Sin-Ee Yi tewas 10-21 set pertama sebelum bangkit 21-15 dan 22-20 bagi menoktahkan kemenangan serta bakal berdepan ujian getir di suku akhir apabila dijadual bertemu beregu nombor satu dunia dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto. – BERNAMA

BERITA LAIN

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier

BERITA TERBARU

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier