ARTIKEL

Hasrat enam PATI bekerja di Sarawak tidak kesampaian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hasrat enam pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di negeri ini tidak kesampaian selepas mereka ditangkap ketika cuba lolos sempadan negara hari ini.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen memberitahu, kesemua PATI dikesan pada 4.30 petang di Sektor Pos GABMA Biawak berdekatan lorong tikus lebih kurang 68 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

“Kesemua PATI dalam lingkungan umur 23 hingga 38 tahun, dan hasil siasatan mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai,” menurut kenyataan sel perhubungan tersebut.

Sementara itu, anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa berjumlah RM3,651.90 melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet, dan beg pakaian.

Kesemua PATI telah dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” menurut kenyataan itu lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan