ARTIKEL

Hayati perpaduan dan semarak semangat cinta tanah air sempena Hari Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perpaduan rakyat merupakan tunjang kekuatan Malaysia manakala kepelbagaian warisan, budaya, dan identiti Negeri Sembilan perlu diterjemahkan sebagai kekuatan ekonomi menerusi Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS) 2026.

Menteri Besar Datuk Ismail Lasim menyatakan bahawa sambutan Hari Malaysia bukan sekadar acara memperingati pembentukan negara, sebaliknya menjadi wadah untuk menghayati nikmat perpaduan dan menyemarakkan semangat cinta akan tanah air.

Beliau menegaskan bahawa keharmonian yang dinikmati rakyat perlu dipertahankan dengan membudayakan sikap saling memahami, menghormati, dan menghargai antara satu sama lain dalam mendepani cabaran semasa.

Menurutnya, kepelbagaian warisan, sejarah, keindahan alam, serta gastronomi Negeri Sembilan merupakan aset penting yang mampu memperkukuh daya tarikan pelancongan negeri melalui pelaksanaan semula TMNS selepas 27 tahun.

Beliau turut menyeru semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pemain industri, dan golongan belia agar memainkan peranan aktif bagi memastikan TMNS 2026 mencapai matlamatnya sebagai pemangkin ekonomi negeri seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke