ARTIKEL

Hazama teruja rakam lagu bersama Noraniza Idris

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Penyanyi, Hazama atau Hazama Ahmad Azmi akui teruja apabila ditawar bekerjasama dengan ratu etnik Malaysia, Noraniza Idris menerusi single duet, Penawar Kita.

Hazama, 38, percaya, gabungan elemen tradisional dan moden terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan NIPV Management Sdn Bhd mampu mencipta muzik dinamik.

“Saya sangat bertuah kerana berpeluang berkolaborasi bersama-sama legenda irama Malaysia, Noraniza.

Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran beliau.

“Kebetulan saya peminat Noraniza sejak kecil,” katanya memetik media tempatan. 

Dalam pada itu Hazama berasa bertuah kerana diberi peluang merakam lagu berunsurkan irama Malaysia.

BERITA LAIN

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

BERITA TERBARU