MUKAH: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Sarawak akan mengadakan satu taklimat Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi tahun 2025 pada 8 dan 9 November ini.

Lokasi taklimat pada 8 November adalah di Hotel Kingwood, Mukah, manakala pada 9 November adalah di Dewan Masyarakat, Balingian.
Terdapat dua sesi taklimat iaitu sesi pagi, iaitu taklimat dan soal jawab bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, manakala sesi petang, iaitu pengisian borang dalam talian bermula jam 2 hingga 4 petang.
Sehubungan itu, taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada penduduk yang berminat dan berkelayakan untuk memohon RMR di bawah kendalian SPNB.
Taklimat ini juga terbuka kepada mana-mana pemohon yang mempunyai tanah persendirian dan mempunyai kelayakan untuk memohon RMR tersebut.
Justeru, penduduk di sekitar daerah Mukah dialu-alukan untuk hadir bagi mendapatkan maklumat dan bimbingan berkaitan proses permohonan serta syarat kelayakan.
Bagi yang berminat, boleh mengisi borang dalam pautan https://forms.gle/XWEWnwpFTX41rN3Y9 dan melayari http://rmr.spnbonline.com.my untuk maklumat lanjut.



