ARTIKEL

Heliza, Hazwani sertai misi kemanusiaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HAZWANI Helmi, adik kepada penyanyi dan pelakon Heliza Helmi mencuri perhatian apabila memuat naik video yang memaparkan beliau bersama-sama kakaknya berada di atas sebuah kapal yang dipercayai terlibat dalam operasi misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.

Video berdurasi sekitar seminit itu memaparkan dua beradik tersebut menjelaskan tentang operasi Sumud sambil menegaskan penyertaan mereka dalam misi global itu sebagai bentuk jiwa perjuangan yang membawa doa dan harapan dari Malaysia.

“Sumud, Sumud, Sumud, apa itu Sumud? Sumud ialah jiwa perjuangan.

“Sumud ini ialah gambaran kekuatan warga Palestin yang hampir lapan dekad berjuang. Sumud ialah harapan tatkala dunia sedang membisu.

“Insya-Allah, kami akan belayar membawa doa kalian untuk Palestin. Ini juga ialah doa mereka dan kita perlu bersatu dalam perjuangan ini,” katanya.

Dalam video tersebut, mereka kelihatan bersemangat untuk menyertai misi menggalas amanah membawa mesej solidariti daripada rakyat Malaysia.

Video itu mendapat lebih 25,000 tanda suka serta pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ramai antara mereka menyokong tindakan kedua-dua beradik itu dengan meninggalkan komen positif, sekali gus sebagai tanda sokongan dari jauh terhadap usaha yang dilakukan.

“Semoga selamat sampai dan selamat pulang. Amin,” tulis seorang netizen.

Selain Heliza, misi ini turut disertai Ardell Aryana dan Haroqs.

Difahamkan, misi tersebut melibatkan lebih 80 kapal dan lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia yang membawa misi kemanusiaan serta bantuan asas kepada masyarakat terjejas.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri