ARTIKEL

Helpy bantu pasarkan produk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aplikasi Helpy membantu usahawan memasarkan produk jualan mereka untuk pengguna.

Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa, Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan Datuk Naroden Majais berkata, penggunaan aplikasi ini mengalakkan rakyat Sarawak menggunakan platform digital.

Katanya, melalui Helpy, usahawan dapat mempromosikan produk mereka dan dalam masa yang sama mewujudkan peluang pekerjaan yang baharu untuk golongan muda.

”Belia yang mempunyai motosikal dan kereta Kancil misalnya, boleh menjadi penghantar makanan,” ujarnya.

Beliau menambah, seramai 6,400 vendor dari seluruh Sarawak telah mendaftar pada aplikasi ini manakala seramai 410 penghantar makanan juga telah berdaftar.

Naroden turut memberitahu, kesemua penghantar makanan ini telah diarahkan oleh Helpy untuk mengambil suntikan vaksin Thyphoid.

Dalam masa yang sama, beliau berkata seorang vendor menjana pendapatan sebanyak RM100 ke 300 sehari manakala bagi penghantar makanan memperoleh RM100 sehari dan paling banyak RM315 sehari.

Naroden juga berkata, penggunaan Helpy ini boleh beroperasi pada bila-bila masa dan ia akan menjadi satu budaya baharu untuk masa akan datang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke