ARTIKEL

Gambar hiasan. |Freepik.com

Henti mendadak import sisa plastik boleh jejas industri, perlu peralihan berperingkat – MITI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata pemberhentian mendadak pengimportan sisa plastik boleh menjejaskan pengeluaran produk plastik dalam negara serta rantaian bekalan sektor berkaitan.

Namun, MITI berkata dengan mengurangkan kebergantungan terhadap feedstock sisa plastik import, premis dan kilang kitar semula akan beralih kepada penggunaan sumber sisa plastik tempatan sepenuhnya, sekali gus meningkatkan kadar kitar semula dalam negara.

Sehubungan itu, bagi mengimbangi keperluan menarik pelaburan berkualiti dan mempromosikan inisiatif ekonomi kitaran dalam negara, MITI berpandangan adalah wajar supaya aktiviti pengimportan sisa plastik diteruskan bagi menampung keperluan dan permintaan industri pembuatan plastik dalam negara.

“Namun, kebergantungan kepada sisa import wajar dikurangkan secara berfasa selaras dengan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dikeluarkan di laman rasmi Parlimen.

Sementara itu, MITI berkata, pihak industri perlu bersedia menyokong model perindustrian yang bersifat restoratif atau regeneratif dengan reka bentuk menggunakan ‘close loop material flow’ (bahan yang boleh dikitar semula) dalam sistem ekonomi. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha