ARTIKEL

Bozz Jebat

Heret Bozz Jebat ke muka pengadilan dengan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Idris Buang menyeru pihak polis agar Bozz Jebat segera disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Tegas Idris, tindakan individu berkenaan yang membuat video menghina Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di laman Facebook adalah keterlaluan.

“Saya dengan rendah hati menggesa agar pihak polis melakukan siasatan dengan cepat dan teliti agar si Jebat angkuh ini dapat dibawa ke Mahkamah Undang-Undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, perbuatan individu dikenali sebagai Bozz Jebat itu jelas menimbulkan kegusaran dan provokasi terhadap kekacauan dalam kalangan rakyat di Sarawak.

Dedah beliau, suspek dipercayai telah menyalahgunakan platform media sosial sekali gus melanggar Seksyen 233 Akta Suruhan Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara dan dikenakan denda.

Tambah Idris, penghinaan yang dilakukan suspek secara umum jelas bersifat jenayah dan melangggar Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke