ARTIKEL

PILIHAN JUARA… Pasukan Hermanos FC.

Hermanos FC, Crossover FC buru tiket ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Perlawanan separuh akhir kedua Liga Betong 2026 akan berlangsung esok (Ahad), menyaksikan pertembungan antara dua kelab handalan, Hermanos FC dan Crossover FC di Padang Majlis Daerah Saratok.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi meraih kemenangan bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada 2 Ogos depan.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Saiful Hanizam Suhaini berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing.

Katanya, kedua-duanya turut diperkuat oleh pemain berbakat dan berpengalaman.


SEMAKIN DIGERUNI… Pasukan Crossover FC.

“Perlawanan yang dijangka menarik membabitkan kedua-dua pasukan itu esok.

“Saya percaya peluang untuk menang adalah seimbang dan yang pasti, nantikan kesudahan pertarungan selepas tamat masa permainan sebenar,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Saiful, kedua-dua pasukan telah memperkemaskan jentera masing-masing bagi menghadapi perlawanan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU