ARTIKEL

Abang Johari ketika tiba pada Majlis Perasmian Projek Rakyat Tebingan Sungai Selangau dan Bangunan Pejabat Daerah Selangau, di sini hari ini. | UKAS

Hias kek dengan Merry Christmas bukan haram – Abg Jo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menempelak pihak yang melarang ucapan Krismas pada kek, dengan turut menyifatkan ia sebagai tindakan yang memecahkan perpaduan rakyat.

Justeru, beliau menegaskan perkara seperti itu tidak akan berlaku di Sarawak.

“Buat ucapan Merry Krismas atas kek pun jadi masalah…apa salah menghias kek (dengan ucapan Merry Krismas), bukan haram.

“Itupun jadi isu, tapi sanalah (Semenanjung) bukan sini…kita jaga sini, jangan ikut sana sebab itu Gabungan Parti Sarawak (GPS) keluar dari Barisan Nasional (BN) dan kita buat keputusan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Projek Rakyat Tebingan Sungai Selangau dan Bangunan Pejabat Daerah Selangau, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS mengingatkan rakyat Sarawak agar terus menjaga dan mengekalkan perpaduan agar negeri ini dapat terus maju dan membangun.

Baru-baru ini, sebuah kedai bakeri dituduh rasis kerana tidak membenarkan ucapan Krismas pada keknya, hanya kerana mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perkara itu turut dikongsi secara meluas di media sosial, dengan kritikan terhadap diskriminasi ditujukan terhadap rangkaian kedai itu.

Kekecohan itu mendorong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar menyatakan tiada sekatan ke atas ucapan perayaan pada kek yang dibawa pulang oleh pelanggan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengeluarkan kenyataan di Facebook untuk mengatakan tiada halangan bagi kedai bakeri yang disahkan halal menulis sebarang ucapan perayaan pada kek atau produk mereka.

Notis itu juga merujuk kepada kenyataan yang dibuat pada Disember 2020 dan pada 1 November tahun ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan