ARTIKEL

Pengerusi Hibiscus Petroleum Zainul Rahim Mohd Zain | Bernama

Hibiscus Petroleum berada dalam kedudukan baik hadapi konflik Asia Barat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Kumpulan Hibiscus Petroleum Bhd (Hibiscus Petroleum) berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi ketegangan geopolitik global dan konflik berterusan di Asia Barat termasuk ketidaktentuan serta harga minyak yang tinggi. 

Pengerusinya, Zainul Rahim Mohd Zain berkata pihaknya akan terus beroperasi secara berdisiplin dan bertanggungjawab demi memastikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

“Justeru, kita perlu sentiasa berwaspada dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang dan bersedia untuk mengatasinya dengan sewajarnya,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka hari raya Hibiscus Petroleum di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zainul Rahim berkata dari segi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) pula, Hibiscus telah melaksanakan inisiatif ‘Rig to Reef’ dengan kerjasama Petronas dan Jabatan Perikanan iaitu projek penukaran pelantar South Angsi Alpha yang telah dinyahaktifkan menjadi sebuah terumbu tiruan di luar pantai Terengganu.

“Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan Wakalah, Hibiscus terus menyokong lebih 60,000 penerima manfaat di seluruh negara, termasuk kerjasama bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Planetarium Negara dalam melaksanakan Modul Astronomi Khas pertama di Malaysia bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ketidakupayaan penglihatan,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU