ARTIKEL

Hidup semakin perit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEJAK akhir-akhir ini kita sering melihat media sosial menjadi medium utama untuk sebahagian masyarakat berkongsi mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi.

Tidak kira kaya, sederhana atau miskin — setiap daripada kita merasa kenaikan harga barangan harian.

Sekitar 10 tahun lepas, RM300 mungkin sudah boleh memenuhkan troli di pasar raya.

Paling terasa dengan kenaikan harga barang adalah ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang memerlukan susu formula atau lampin pakai buang.

Di sebalik kesukaran hidup yang terpaksa didepani ketika ini, terdapat beberapa perkara boleh diubah atau menyeimbangkan bajet bulanan kita.

Antara barangan utama yang boleh kita potong daripada bajet bulanan adalah rokok.

Memang tidak semua dalam kalangan kita merokok, namun ia boleh dianggap sebagai perbelanjaan sia-sia setiap bulan.

Bajet bulanan kita untuk rokok mungkin antara lima hingga 20 peratus pendapatan.

Duit untuk membeli rokok mungkin boleh ditukar untuk membeli beras.

Kita mungkin sudah boleh berkira-kira untuk menghentikan langganan televisyen berbayar.

Ini kerana sekarang TV Internet muncul seperti cendawan tumbuh.

Perlu diingat berapa jam sahaja kita berada di rumah untuk menonton televisyen jika dibanding masa kita di luar mencari rezeki.

Sekiranya kita mengambil pakei Internet berkelajuan tinggi, nilaikan kembali adakah pakej yang diambil benar-benar satu keperluan?

Ramai gemar mengambil pakej kelajuan standard 300 mb untuk rumah, sedangkan kita tidak perlu Internet pada kelajuan tersebut.

Sudah semestinya ramai dalam kalangan kita melanggan pakej berkelajuan tinggi tetapi tidak memanfaatkan apa yang dilanggan.

Cuba semak kembali berapakah tahap penggunaan kita sebulan dan lihat adakah wujud pakej prabayar yang sama atau lebih murah?

Sekarang terdapat masyarakat kita yang terikat dengan kontrak wajib langganan produk seperti penapis.

Biasanya kita terikat dengan kontrak wajib ini selama tiga tahun.

Ini bermakna kita wajib melanggan tiga tahun bayaran bulanan sebelum kontrak boleh ditamatkan.

Jika tidak kita akan dikenakan caj penalti.

Dalam tempoh kemeseletan seperti sekarang, pakej langganan seperti ini adalah satu kemewahan yang tidak perlu.

Alternatif Sebagai alternatif, cari penapis air sekali bayar yang memerlukan anda melakukan penyelanggaraan sendiri.

Ramai dalam kalangan kita juga suka menikmati minuman tiga dalam satu kerana penggunaannya mudah.

Mungkin ramai tidak tahu, kos setiap pek tiga dalam satu jauh lebih tinggi jika dibandingkan anda membeli serbuk minuman secara asing.

Ia mungkin tidak berbaloi kerana kuantiti sedikit, namun harga mahal.

Salah satu produk yang turut menelan kos tinggi adalah sabun cecair tidak kira untuk membasuh baju, tangan atau mandi.

Kalau boleh sabun cecair pencuci baju boleh ditukar kepada sabun serbuk.

Sabun cecair basuh tangan dan mandi diganti dengan sabun wangi buku.

Bukan sahaja harga barang naik, masyarakat kita turut mengeluh mengenai kenaikan kos bil elektrik.

Tahukah anda, kos elektrik untuk penyaman udara tidaklah seteruk mana, namun anda perlu tahu tahap efektif penggunaan berbanding kos.

Setiap kali membuka penyaman udara, kita biasanya terus menetapkan kepada 16 atau 18 darjah Celsius menyebabkan bil elektrik melambung.

Cara paling mudah untuk kita tetapkan adalah dengan menetapkan penyaman udara kurang tiga darjah Celsius berbanding suhu udara kita.

Ini bermakna kalau suhu di luar 25 darjah Celsius, tetapkanlah 22 atau 23 darjah Celsius.

Kita memang sukakan wangiwangian namun pemasangan penyembur udara elektronik perlu dikaji kembali.

Alternatif paling baik untuk meningkatkan aroma rumah adalah dengan meletakkan tumbuh-tumbuhan yang mampu membersihkan udara.

Simpan wang Kalau boleh sekarang latih diri untuk menyimpan wang dengan betul tanpa rasa terbeban.

Anda boleh membuka satu akaun simpanan khas untuk menyimpan sahaja dan meminta pihak bank hanya memberi anda buku simpanan.

Akaun ini adalah untuk hal kecemasan pada masa akan datang.

Kita sepatutnya berfikir sekarang untuk merancang masa depan sekiranya berlaku perkara lebih teruk berbanding sekarang.

Kita tidak boleh terus merasa selesa atau berserah kepada takdir.

Sepatutnya kita berusaha menambah pendapatan — biar kita sakit sekarang untuk menjamin masa depan lebih cerah.

Kita perlu ingat, anakanak sudah pasti memerlukan perbelanjaan besar pada masa akan datang.

Mereka akan masuk universiti dan sudah tentu memerlukan perbelanjaan lebih besar.

Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah menabung untuk masa depan mereka.

Sudah pasti kita tidak mahu melihat anak yang disayangi merasai keperihatan hidup seperti kita lalui.

Setiap ibu bapa pasti mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka.

Walaupun terpaksa bekerja siang dan malam, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak berdepan masalah terutama dalam pendidikan.

Kalau boleh setiap ibu bapa mahu anak mereka melanjutkan pelajar di universiti terbaik di dunia.

Ini kerana mereka mahu anak-anak belajar dalam keadaan kondusif.

Semoga kita dapat terus tabah menempuhi kehidupan yang semakin mencabar sekarang.

Kalau mampu melakukan lebih daripada satu kerja, lakukanlah demi kelangsungan hidup keluarga.

BERITA LAIN

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

BERITA TERBARU