ARTIKEL

Mendiang Datuk Dr Madeline Berma

Hilangnya Permata Berharga Sabah dan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemergian Datuk Dr Madeline Berma merupakan satu kehilangan besar kepada dunia akademik dan pembentukan dasar negara, khususnya melibatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak, kata penganalisis politik Profesor Dr Novel Lyndon.

Beliau berkata, mendiang dikenali sebagai tokoh akademik tersohor dalam bidang ekonomi pembangunan yang telah memberikan sumbangan bermakna kepada pengembangan ilmu serta perumusan dasar awam di Malaysia.

“Dalam bidang ekonomi pembangunan, Datuk Dr Madeline banyak menjalankan penyelidikan dan penulisan yang menumpukan kepada isu ketidakseimbangan pembangunan wilayah, kemiskinan luar bandar, pasaran buruh serta pemerkasaan komuniti tempatan.

“Sumbangan beliau membantu memperkukuh kefahaman tentang cabaran sebenar pembangunan di Sabah dan Sarawak serta menggalakkan pendekatan pembangunan yang lebih inklusif dan berkeadilan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Novel, mendiang turut memainkan peranan penting dalam memperkaya wacana akademik dan dasar berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, melalui kajian dan pandangan kritis berlandaskan sejarah, perlembagaan serta realiti sosioekonomi semasa, mendiang membincangkan isu hak, autonomi dan kedudukan Sabah serta Sarawak dalam Persekutuan Malaysia secara berfakta dan seimbang.

“Pemikiran beliau menjadi rujukan penting dalam usaha memahami serta memperjuangkan pelaksanaan MA63 yang lebih adil dan berkesan,” katanya lagi.

Beliau menambah, mendiang juga dikenang atas sumbangan signifikan dalam kajian berkaitan wanita, khususnya wanita Iban di Sarawak, menerusi pendekatan penyelidikan yang berpaksikan pengalaman dan suara komuniti.

“Melalui kajian tersebut, beliau menonjolkan peranan, cabaran serta sumbangan wanita Iban dalam keluarga, ekonomi dan masyarakat, sekali gus memperkayakan bidang kajian gender dan etnik serta menyumbang kepada usaha pemerkasaan wanita pribumi,” katanya.

Sepanjang hayatnya, Novel berkata, Datuk Dr Madeline dikenali sebagai seorang ilmuwan yang berwawasan, berintegriti tinggi dan sentiasa komited dalam membimbing pelajar serta rakan akademik.

“Jasa, pemikiran dan sumbangan beliau akan terus dikenang serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

PDP sedia pertahan lapan kerusi dalam PRN Sarawak

BAU: Masih banyak perancangan pembangunan perlu dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru untuk merealisasikan hasrat menjadikan Bau sebuah bandar maju menjelang 2030.

BERITA TERBARU

Golongan muda turut terancam penyakit jantung

KUCHING: Golongan muda kini turut terancam oleh penyakit jantung yang terus menjadi antara masalah kesihatan utama di Malaysia. Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan