ARTIKEL

Makmal bergerak mudahkan penduduk luar bandar jalani pemeriksaan kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Kehadiran makmal bergerak di bawah Program Pengawasan Penyakit Berjangkit Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) memudahkan penduduk luar bandar menjalani pemeriksaan kesihatan tanpa perlu menempuh perjalanan jauh ke klinik atau hospital.

Inisiatif itu disambut baik penduduk Kampung Lubok Buntin dan kawasan sekitarnya kerana memberi akses lebih mudah kepada perkhidmatan kesihatan, khususnya warga emas serta penduduk yang tinggal jauh daripada kemudahan perubatan.

Ali Jelen, 73, dari Kampung Lubok Buntin berkata kemudahan itu membantu penduduk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan lebih mudah tanpa perlu membuat perjalanan jauh.

“Oleh itu, kami amat menghargai kesudian Kerajaan Sarawak dan pihak berkaitan membawa perkhidmatan kesihatan terus ke kampung kami, sekali gus meringankan kesukaran penduduk mendapatkan pemeriksaan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, Saini Rebi, 55, berkata kemudahan berkenaan memberi manfaat kepada penduduk yang sebelum ini perlu mengembara ke Samarahan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Menurutnya, kehadiran pasukan kesihatan ke kawasan mereka memudahkan penduduk menjalani pemeriksaan, selain membantu mengurangkan beban perjalanan bagi mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan.

“Justeru, saya berharap kemudahan itu dapat diteruskan bagi memastikan penduduk luar bandar mempunyai akses lebih baik kepada perkhidmatan kesihatan,” ujarnya.

Bagi Stephen Eduin, 44, dari Kampung Sungai Paku pula, program berkenaan amat membantu penduduk yang tinggal jauh daripada hospital, terutama warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

“Perkhidmatan bergerak yang mengunjungi kampung dapat memudahkan penduduk mendapatkan pemeriksaan tanpa perlu menempuh perjalanan jauh,” tambahnya.

Beliau turut menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha yang bermanfaat kepada rakyat dan berharap program seumpamanya diteruskan.

Program Pengawasan Penyakit Berjangkit SIDC dan pelancaran rasmi makmal bergerak itu disempurnakan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Masyarakat Lubok Buntin, Gedong, hari ini.

Program berkenaan bertujuan mengumpul data kesihatan setempat bagi mengenal pasti trend penyakit serta membantu merancang langkah pencegahan dan intervensi kesihatan yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat.

Pelaksanaan program itu turut membuka peluang kepada penduduk luar bandar mendapatkan akses lebih mudah kepada pemeriksaan kesihatan, khususnya mereka yang tinggal jauh daripada kemudahan perubatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golongan muda turut terancam penyakit jantung

KUCHING: Golongan muda kini turut terancam oleh penyakit jantung yang terus menjadi antara masalah kesihatan utama di Malaysia. Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan