ARTIKEL

Screenshot

HINDIA JANJI PERSEMBAHAN ISTIMEWA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI dan penulis lagu Indonesia, Hindia bakal menghiburkan peminat tempatan menerusi persembahan istimewa Doves, ’25 Experience di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 22 Ogos ini.

Persembahan yang dibawakan bersama Blue Valley Radio itu dijangka menjadi antara acara muzik yang dinantikan peminat Hindia di Malaysia.

Doves, ’25 Experience merupakan pengembangan daripada konsep siri persembahan yang diperkenalkan tahun lalu dengan beberapa penambahan dari segi senarai lagu dan elemen pentas.

Kali ini, Hindia menjanjikan pengalaman lebih segar menerusi susunan persembahan yang diinspirasikan daripada pelbagai konsert dan persembahan langsungnya sepanjang setahun lalu.

Screenshot

Konsep berkenaan memberi peluang kepada peminat Malaysia yang terlepas menyaksikan beberapa persembahan khas sebelum ini untuk menikmati intipati keseluruhan pengalaman tersebut dalam satu malam.

Penganjur turut memaklumkan bahawa persembahan itu bukan sekadar mengulangi format terdahulu, sebaliknya dirangka untuk merangkum semangat dan suasana daripada beberapa rancangan khas Hindia.

Pendekatan itu dijangka membawa penonton menyusuri perjalanan muzik yang lebih luas dan berlapis menerusi karya-karya popular penyanyi berkenaan.

Tiket Doves, ’25 Experience mula dijual sejak 22 Mei lalu menerusi laman Ticket2U.

Sehari selepas konsert itu, Hindia turut dijadual mengadakan sesi khas bertajuk Spotlight: Crafting Songs in Logic Pro with Hindia di Apple The Exchange TRX dari jam 3.00 hingga 4.00 petang pada 23 Ogos.

Sesi berkenaan bakal membawa peminat menyelami perjalanan kreatif Hindia, daripada proses rakaman di rumah sehinggalah menghasilkan karya untuk dipersembahkan di pentas festival.

Hindia juga akan berkongsi proses di sebalik penghasilan beberapa lagunya selain menunjukkan penggunaan Logic Pro untuk Mac dalam membentuk bunyi dan identiti muziknya. Pada masa sama, penyanyi itu akan berkongsi tip kepada mereka yang berminat untuk mula menghasilkan lagu sendiri.

Tempat bagi sesi berkenaan adalah terhad dan pendaftaran boleh dibuat menerusi laman rasmi Apple atau aplikasi Apple Store.

BERITA LAIN

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan