ARTIKEL

HINDRA BOSE TUTUP TIRAI DENGAN KOMEDI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSEMBAHAN komedi berdiri oleh Hindra Bose berjaya menghiburkan para hadirin pada malam penghargaan media anjuran Front Row Entertainment, sekali gus menutup tirai acara tersebut dengan gelak tawa dan suasana penuh kehangatan.

Hindra tampil penuh bertenaga menerusi persembahan bertajuk Smell Like Curry, yang menampilkan gaya komedi spontan, berani, dan sarat dengan pemerhatian sosial.

Lawak-lawaknya yang bersahaja tetapi tajam berjaya menarik perhatian audiens sejak awal persembahan.

Sepanjang persembahan, Hindra banyak berkongsi pengalaman peribadi, khususnya kisah-kisah lucu ketika berkunjung ke Kuching untuk kali keempat.

Beliau menyifatkan Sarawak sebagai antara tempat kegemarannya untuk membuat persembahan kerana sikap penonton yang terbuka dan mudah menerima humor daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Ini bukan kali pertama saya datang ke Kuching, sebenarnya kali keempat.

“Saya sudah mengembara ke banyak tempat untuk persembahan, tetapi saya sangat suka kembali ke Kuching, Sarawak.

“Orang di sini antara yang terbaik,” ujarnya ketika membuat persembahan di pentas.

Antara momen yang mencuit hati ialah apabila Hindra menceritakan pengalaman bersekolah di sekolah Cina selama 11 tahun, termasuk kisah bagaimana gurunya akhirnya memberikan beliau nama Cina kerana nama asalnya dianggap terlalu panjang.

Cerita tersebut disampaikan dengan gaya bersahaja, sekali gus mengangkat tema identiti dan kepelbagaian budaya Malaysia.

Kelebihan Hindra turut terserlah menerusi kebolehannya bertutur dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, dan selingan Mandarin, yang menjadikan persembahannya lebih dekat dan inklusif kepada audiens berbilang kaum.

Persembahan Smell Like Curry juga menonjolkan kekuatan Hindra dalam mengolah stereotaip budaya, isu harian dan pengalaman hidup sebagai rakyat Malaysia menjadi bahan jenaka yang ringan tetapi bermakna.

Setiap topik disampaikan tanpa menyinggung, sebaliknya mengajak penonton ketawa sambil berfikir.

Reaksi penonton jelas membuktikan keberkesanan persembahan Hindra apabila dewan dipenuhi gelak tawa dan sorakan sepanjang persembahan berlangsung.

Interaksi spontan beliau dengan audiens turut menambah elemen segar dan tidak dijangka.

Kejayaan persembahan ini mengukuhkan lagi kedudukan Hindra Bose sebagai antara pelawak komedi berdiri yang semakin menonjol dalam industri hiburan tempatan, khususnya dalam mengangkat komedi berteraskan realiti masyarakat berbilang kaum.

Secara keseluruhan, persembahan Hindra Bose bukan sahaja menjadi kemuncak malam apresiasi media Front Row Entertainment, malah meninggalkan kesan positif sebagai penutup tahun yang huupenuh humor, kejujuran dan semangat perpaduan.

Persembahan komedi berdiri Hindra Bose diadakan baru-baru ini pada malam majlis apresiasi media anjuran Front Row Entertainment di Hotel Roxy Impiana, Kuching

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU