KUCHING: Hock Seng Lee (HSL) menawarkan harga bermula RM1.59 juta bagi setiap unit premis perindustrian ringan baharu di Taman Perindustrian Vista (VIP) yang baru dibuka di Muara Tabuan.

Dalam kenyataan HSL, semalam pihaknya melancarkan fasa baharu di VIP, menampilkan unit tiga tingkat yang luas dengan lif dalaman tahan lasak.
Ia sekali gus memperkenalkan unit tiga tingkat lebih besar di Taman Perniagaan Utama, Pusat Bandar Kuching.
Fasa baharu ini merangkumi kedua-dua unit untuk dua dan tiga tingkat, dengan kawasan pembinaan antara lebih 3,000 hingga 5,000 kaki persegi.
Unit terbesar menduduki 27 mata setiap satu.
Harga bagi 53 unit baharu itu bermula RM1.59 juta, tersedia dalam konfigurasi both detached dan semi-detached.
Pembinaan unit dua tingkat telah dimulakan awal tahun lalu dan beberapa unit sudah di peringkat pemasangan bumbung.
Sementara, unit tiga tingkat baru sahaja dimulakan dan disasarkan siap dalam tempoh dua tahun.
VIP yang terletak di Muara Tabuan bersebelahan Taman Teknologi Tinggi Samajaya, berkeluasan 200 ekar, menjadikannya kawasan perindustrian ringan yang dibangunkan secara persendirian terbesar di rantau ini.
Pengurus Besar Pembangunan Hartanah Kanan HSL Tay Chiok Kee berkata, untuk fasa baharu ini pihaknya menggabungkan maklum balas pembeli dan memfokuskan kepada tiga penambahbaikan iaitu ruang dalaman yang lebih besar, lif gred bengkel dan kemasan yang lebih baik.
Beliau yakin setiap unit di sepanjang jalan utama VIP mempunyai permintaan tinggi terutama pengedar kereta, kedai kelengkapan rumah dan syarikat logistik.
“Pemaju juga menyelenggara infrastruktur dan kawasan hijau di kawasan tersebut.
“Kita akan memastikan jalan dibaiki dan landskap dilakukan tanpa kos kepada pembeli, kerana kita mempertimbangkan masa depan jangka panjang VIP,” ujarnya.
HSL kerjasama dengan perunding lama jurubina Unireka dengan menawarkan unit industri ringan premium yang juga sesuai untuk kegunaan runcit dan pejabat.
“Semua unit mempunyai bukaan tingkat bawah yang besar untuk akses kontena dan siling tinggi bagi ruang penyimpanan tambahan,” tambahnya.
Tay yakin, fleksibiliti VIP untuk menampung perniagaan seperti pengedar kereta, dapur dan makmal menyerlahkan perancangan yang bernas, keselamatan dan kemampuan.
Sementara itu Ketua Unireka Ar Chai Long Sen menyatakan, demi memenuhi visi HSL dalam ruang pameran dan fungsi pejabat, pihaknya menumpukan pada tangga persendirian bagi memisahkan kakitangan runcit atau pejabat daripada aktiviti bengkel di tingkat bawah.
“Untuk pembangunan kelas yang lebih tinggi, kita juga mencadangkan taman pusat seluas 3.3 ekar, yang diluluskan oleh HSL.
“Menariknya, unit yang berhadapan dengan kawasan hijau ini dijual dahulu.”
Penyewa VIP adalah pelbagai termasuk makmal ujian Sarawak Energy Berhad, pengedar kereta, pengeluar perabot dan dapur pusat untuk francais seperti Mdm Tang, NOMS, VeriNice dan Jordan’s Signature.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 013 836 5566 atau layari hsl.com.my atau melalui kata carian dalam talian #VIPHSL.







